Author Topic: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA  (Read 17352 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #30 on: August 09, 2011, 11:10:32 AM »
....walau kwn benci MU... tapi kwn like AS utk komen yg ni. ;D

Tak pasal-pasal MU yg kena ;D
MU dan AS sinonim, walau dalam apa keadaan pun.. ;D ;D ;D

..tapi TLD dh terkluar dari senarai. . tak masuk PMC, tapi ada kt home ground tiap2 mlm. ;D
___________________
aku /..PMB

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #31 on: August 09, 2011, 11:13:59 AM »
"Kita boleh tidak bersetuju dalam sesuatu perkara. Tapi kita tak semestinya tidak bersetuju dalam semua perkara", AS.

saya tak persoalkan cara kerja dan profesonalisme pegawai pusat zakat dan cara agihannya.
cuma yg menyesakkan minda ini kenapa masih ramai org miskin/fakir/orang memerlukan tidak dapat pembelaan.
kalau dapat pun tak mencukupi dengan apa yg diperlukan.
mungkin penambahbaikan kepada sistem sedia ada.
kenapa masih ramai yg menderita masuk TV3?
kenapa ramai yg menalifon radio era kata mereka sangat memerlukan duit?

....walau kwn benci MU... tapi kwn like AS utk komen yg ni. ;D
..ini lah yg saya maksudkan. .

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #32 on: August 09, 2011, 11:52:54 AM »
satu cadangan yg amat baik daripada pembaca malaysiakini

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/172362
Quote
Nak lihat kepincangan institusi ini, lihat sahaja pada bulan Ramadan. Sistem kutipan amil amat efisien dan sistematik..Amil kutipan zakat berselerak di merata2 tempat termasuk shopping complex. Persoalan, kenapa sistem sama tidak dijalankan dalam mengagih kutipan zakat ? Paling kurang selain Ramadan, tempatkan amil di masjid-masjid, surau-surau yang bertaburan satu Malaya. Peranan amil bukan sekadar kutip zakat, tapi agih zakat dan siasat fakir miskin di kawasan masing-masing. Amil juga dibekalkan 'petty cash' untuk salur bantuan secara langsung kepada yang memerlukan.Tak perlulah lagi panjat tangga zakat dan baitulmal, malah kerapkali pulang kekecewaan..bukan sekadar kecewa..kadang2 kena tahan telinga..Ini realiti yang harus ditelan oleh mereka yang berada dalam institusi agama..buatlah perubahan cara bekerja dan berfikir demi amanah Allah!Tolong fikirkan juga agihan zakat kepada aktiviti seni, budaya, hiburan, produksi syiar dan penyiaran Islam. Apakah kita masih tidur lena melihat Adam Lambert..Justin Bieber buat konsert kat Malaysia yg dihadiri belasan ribu anak remaja? Percayalah ! sudah tiba masanya Zakat..Baitulmal dan individu dalam institusi agama wajib membuat anjakan transformasi sikap, pemikiran dan kreativiti untuk membangunkan ummah ! Rujuk blog Lembaga Zakat Selangor mengenai hukum salurkan Asnaf Fi Sabilillah dalam pembangunan ummah. Cuba renungkan, ada satu institusi zakat di satu negeri..lebihan kutipan setiap tahun hampir RM 15 juta ! Agaknya..tak tau nak buat apa kot dengan duit itu..he..he..maaf noo..cukup dulu utk kali ini..

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #33 on: August 09, 2011, 12:15:12 PM »

JUMLAH AGIHAN ZAKAT MENGIKUT ASNAF DARI JANUARI HINGGA JULAI 2010 - sumber http://web.e-zakat.com.my/baru/organisas?i/ASNAF1-2010.pdf

Kalo mengikut jadual ni sudah beratus juta ringgit wang zakat dibelanjakan terbanyak untuk Asnaf  Fisabilillah, kedua Asnaf Miskin dan ketiga Asnaf Fakir. Mungkin masalah utama adalah mismatched expectation vs objective / ketidak padanan jangkaan vs objektif, ringkasnya:
  • expectation pemohon bantuan adalah untuk mendapat bantuan sara hidup (duit free) sepanjang hayat, manakala
  • objektif (dasar) Lembaga Zakat adalah untuk membantu Asnaf Fakir Miskin keluar dari kelompok asnaf melalui bantuan pelajaran & latihan untuk peningkatan kemahiran diri dengan ber-niaga, ber-tani, ber-ternak dan ber-ikan.

Begitupun, bantuan bulanan (kewangan & makanan) untuk Asnaf Fakir & Miskin sepanjang bulan Jan - Julai 2010 berjumlah lebih RM20 juta yang saya andaikan diberi kepada penerima tetap yang tidak diketahui jumlahnya. Kalau nak disenaraikan penerima, kiraan saya memberikan jumlah lebih 6,000 orang yang berkongsi manfaat dari RM20 juta tersebut sepanjang 6 bulan pertama 2010.
« Last Edit: August 09, 2011, 01:47:45 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #34 on: August 09, 2011, 12:27:41 PM »
kalau dah banyak duit yg dikeluarkan, pada jangkaan saya mereka yg masuk tv minta bantuan ini adalah orang yg tidak layak menerima bantuan mengikut kriteria pusat zakat atau pun mereka yg pura2 atau last sekali yg banyak orang sebut adalah kegagalan mengawal kewangan semasa. Banyak kes katanya orang minta bantuan, bila datang rumah tengok ada astro... so tak dapat bantuan. maka, di sini astro diakatakan menjadi kayu ukur. Adakah itu ukuran tepat? Saya pun tak pasti. Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #35 on: August 09, 2011, 12:32:27 PM »

epl next week dh nk stat bro... ;D
___________________
aku /..PMB

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #36 on: August 09, 2011, 12:41:44 PM »
Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

Definisi 'keperluan' dan 'kehendak' dah berubah sekarang. Bukan setakat makan minum pakai...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #37 on: August 09, 2011, 12:41:57 PM »
biasanya ambik pakej basic je.... tak ambik pakej sports. sebab anak2 nak belajar tengok tutor tv..hehehe

kalau dah banyak duit yg dikeluarkan, pada jangkaan saya mereka yg masuk tv minta bantuan ini adalah orang yg tidak layak menerima bantuan mengikut kriteria pusat zakat atau pun mereka yg pura2 atau last sekali yg banyak orang sebut adalah kegagalan mengawal kewangan semasa. Banyak kes katanya orang minta bantuan, bila datang rumah tengok ada astro... so tak dapat bantuan. maka, di sini astro diakatakan menjadi kayu ukur. Adakah itu ukuran tepat? Saya pun tak pasti. Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

epl next week dh nk stat bro... ;D

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #38 on: August 09, 2011, 12:47:34 PM »
sama cam sekolah... banyak kes anak-anak tak ber'kehendak' ke sekolah. tapi ianya 'keperluan' untuk masa depan mereka.
ada pula kes yg anak-anak berminat pergi sekolah apabila tengok kawan2 pergi sekolah
ada juga kes yg mak bapak tak kisah anak kesekolah atau tidak... tapi ada peruntukan undang2 bagi pastikan aka-anak kesekolah

Maka 'keperluan' dan 'kehendak' juga dimainkan oleh pelbagai faktor lain seperti tekanan rakan sebaya dan juga peruntukan undang-undang.

Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

Definisi 'keperluan' dan 'kehendak' dah berubah sekarang. Bukan setakat makan minum pakai...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #39 on: August 09, 2011, 12:54:35 PM »
satu cadangan yg amat baik daripada pembaca malaysiakini

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/172362
Quote
Nak lihat kepincangan institusi ini, lihat sahaja pada bulan Ramadan. Sistem kutipan amil amat efisien dan sistematik..Amil kutipan zakat berselerak di merata2 tempat termasuk shopping complex. Persoalan, kenapa sistem sama tidak dijalankan dalam mengagih kutipan zakat ? Paling kurang selain Ramadan, tempatkan amil di masjid-masjid, surau-surau yang bertaburan satu Malaya. Peranan amil bukan sekadar kutip zakat, tapi agih zakat dan siasat fakir miskin di kawasan masing-masing. Amil juga dibekalkan 'petty cash' untuk salur bantuan secara langsung kepada yang memerlukan.Tak perlulah lagi panjat tangga zakat dan baitulmal, malah kerapkali pulang kekecewaan..bukan sekadar kecewa..kadang2 kena tahan telinga..Ini realiti yang harus ditelan oleh mereka yang berada dalam institusi agama..buatlah perubahan cara bekerja dan berfikir demi amanah Allah!Tolong fikirkan juga agihan zakat kepada aktiviti seni, budaya, hiburan, produksi syiar dan penyiaran Islam. Apakah kita masih tidur lena melihat Adam Lambert..Justin Bieber buat konsert kat Malaysia yg dihadiri belasan ribu anak remaja? Percayalah ! sudah tiba masanya Zakat..Baitulmal dan individu dalam institusi agama wajib membuat anjakan transformasi sikap, pemikiran dan kreativiti untuk membangunkan ummah ! Rujuk blog Lembaga Zakat Selangor mengenai hukum salurkan Asnaf Fi Sabilillah dalam pembangunan ummah. Cuba renungkan, ada satu institusi zakat di satu negeri..lebihan kutipan setiap tahun hampir RM 15 juta ! Agaknya..tak tau nak buat apa kot dengan duit itu..he..he..maaf noo..cukup dulu utk kali ini..
Haaa.. ini saya kongsikan kesah Jabatan Kebajikan Masyarakat - pegawai bila nak keluar bertugas (membuat tinjauan/mesyuarat) dibenarkan claim, tapi ada limit dan tak boleh over-limit.. bila dah capai limit, baru le drebar JKM sibuk sket (biasenya lepas 17hb) sebab hari-hari pegawai pakai Pajero jabatan.. rasanya pekeliling yang sama terpakai juga untuk Lembaga Zakat (sumber kesah dari drebar JKM yang saya jumpa di driving range pada hari2 biasa lepas ofis sebelum 17hb setiap bulan)  ;D

Pegawai LZS / Amil pon manusia juga.. perut & nafkah tanggungan sendiri perlu dijaga juga. Kalau Cikgu yang berjawatan gaji 3-4ribu (yang sebaik-baik mulia tugas selain ibu) sekarang pergi keluar bertugas (mesyuarat, bengkel, seminar) dan fotostat kertas soalan/latihan murid tak dapat claim pon dah merungut.. kalau diri sendiri berapa lama bleh tahan tanggung duit minyak, tol tak dapek claim demi tugas..
« Last Edit: August 09, 2011, 12:57:45 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #40 on: August 09, 2011, 01:29:14 PM »

..pendekatan yg paling hampir kepada matalamat ... bukan boleh dibincangkan di sini..  ;D
.. kurang2 pun kt Lenkavi tu.. seminggu berkursus aka bengkel aka hala tuju aka blue print aka.. bla bla  utk pgwai2 LPZ.
Guna peruntukan " vot belanja mengurus"yg sedia ada atas tujuan " Latihan kakitangan "  ;D
___________________
aku /..PMB

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #41 on: August 09, 2011, 02:19:10 PM »
Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

Definisi 'keperluan' dan 'kehendak' dah berubah sekarang. Bukan setakat makan minum pakai...

Mengapa ya bila pegawai LPZ atau JKM sblm meluluskan permohonan bantuan, yg di tanya nya dulu...'Ada Astro tak?'

Ada ke Astro ini di kategori sbg barang mewah?  ??? bayaran bulan pakej paling basic jer dlm RM50 jer.

Org2 miskin gamaknya  tak di galakan tgk Astro  :( Tengok RTM dan TV3 jer... ;D
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #42 on: August 09, 2011, 02:48:30 PM »
Mengapa ya bila pegawai LPZ atau JKM sblm meluluskan permohonan bantuan, yg di tanya nya dulu...'Ada Astro tak?'

Tak pasti pula kalau itu soalan yg ditanya LPZ/JKM. Keperluan atau tidak, bergantung kepada kawasan. Kalau umah dah kat dlm hutan atas bukit, Astro dah jadi satu keperluan... channel TV biasa confirm tak dapat... ;D

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #43 on: August 09, 2011, 02:57:02 PM »
Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

Definisi 'keperluan' dan 'kehendak' dah berubah sekarang. Bukan setakat makan minum pakai...

Mengapa ya bila pegawai LPZ atau JKM sblm meluluskan permohonan bantuan, yg di tanya nya dulu...'Ada Astro tak?'

Ada ke Astro ini di kategori sbg barang mewah?  ??? bayaran bulan pakej paling basic jer dlm RM50 jer.

Org2 miskin gamaknya  tak di galakan tgk Astro  :( Tengok RTM dan TV3 jer... ;D

Entah lah..tapi ramai juga lah yang saya kenal termasuk suadara mara dan kenalan kat kampung yang tak mampu nak langgan dan bayar yuran bulanan Astro ni..mereka2 ni pun tak di kategorikan sebagai layak untuk menerima zakat..mereka ni bekerja dan pendapatan cukup2 untuk menyara keluarga. Tu pun kalau ada keadaan mendesak terpaksa lah berhutang sana sini..Bagi mereka dari dibayar berpuluh2 ringgit sebulan tu, lebih baik di belanjakan untuk barang keperluan. Untuk siaran TV, cukup dengan beli Aerial dan pasang kat luar tu tinggi2. Saya rasa sebab ini lah yang mempengaruhi pegawai LPZ/JKM tu dalam membuat penilaian..

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: 'Ke mana perginya wang zakat kita?' - Dr MAZA
« Reply #44 on: August 09, 2011, 03:19:47 PM »
Sebab bagi saya astro ni dah jadi seakan kebiasaan org malaysia... walaupun makan miss... astro tetap jalan.

Definisi 'keperluan' dan 'kehendak' dah berubah sekarang. Bukan setakat makan minum pakai...

Mengapa ya bila pegawai LPZ atau JKM sblm meluluskan permohonan bantuan, yg di tanya nya dulu...'Ada Astro tak?'

Ada ke Astro ini di kategori sbg barang mewah?  ??? bayaran bulan pakej paling basic jer dlm RM50 jer.

Org2 miskin gamaknya  tak di galakan tgk Astro  :( Tengok RTM dan TV3 jer... ;D
Tak pasti la lojik mane yg tuan pakai ni.. pada saya kalau orang yang nak bantuan wang ringgit untuk meneruskan hidup, tak lojik la dia senang-senang gi buang RM37.95 sebulan untuk langgan ASTRO pakej basic jika sekiranya dia:
  • miskin tegar - pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan, iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum iaitu RM440.00 sebagai Paras Garis Kemiskinan (PGK), atau
  • miskin - pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan iaitu RM750.00 sebagai Paras Garis Kemiskinan (PGK) makanan dan bukan makanan
(Sumber takrifan http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi - tapi ni federal punya, Selangor State ada takrifan lain dengan nilai RM1,500 sebagai PGK)

Untuk takrifan Asnaf pulak, Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor tahun 2002, yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor telah mempersetujui bahawa takrifan fakir dan miskin itu ialah:

  • Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan atau ada pekerjaan tetapi tidak halal  atau ada pendapatan tetapi tidak  mencapai 50 peratus daripada had kifayah, untuk keperluan diri atau keperluan diri tanggungannya
  • Miskin ialah orang Islam yang  mempunyai harta atau pendapatan halal yang hanya boleh menampung 50% untuk keperluan diri atau keperluan diri dan tanggungan tetapi tidak mencapai had kifayah

Terdapat enam aspek keperluan hidup manusia iaitu, tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Perkara-perkara yang dinyatakan ini adalah suatu keperluan asasi kepada setiap manusia. Maka, seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan, tidak mampu memenuhi kecukupan minima bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun fakir.
(Sumber http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=296)

Maaf, ASTRO tak termasuk dalam aspek keperluan hidup manusia dan jika mampu buang duit untuk langgan ASTRO maka pemohon itu bukan lagi golongan miskin.
« Last Edit: August 09, 2011, 03:28:29 PM by jabbar4aiman »