Author Topic: Lebih baik diam dari bercakap.....  (Read 5477 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zedragons

  • Guest
Lebih baik diam dari bercakap.....
« on: 26 Aug, 02:27:55 AM »
Salam... aku baru join blog ni , aku rase ini adalah salah satu cara yang baik dan bagus untuk penduduk seri putra dan mahkota untuk berbincang dan bertukar pendapat dalam menangani isu,atau ape juga masalah yang berlaku didalam kawasan ini, Ape yang aku nak komen sedikit ialah sepatutnyaa blog ini kita gunakan untuk berbincang dan bercakap dengan sopan,walaupun ingin melakukan teguran atau nasihat sekalipun aku rasa blog ni boleh digunakan, demi kebaikan penduduk ,dari perbincangan yang baik dah tentu kite dapat menangani segala isu yang ditimbulkan, Tapi ape yang aku kesalkan ad segelintir yang menjadikan blog ini sebagai tempat melepaskan geram,membuat komen yang boleh mendatangkan kemarahan orang lain, maksud aku, kata2 dan ayat yang dibuat cukup untuk menyakitkan hati individu tertentu, dan ada diantara segelintirnya pulak, tidak pernah berhenti dari mencari kekurangan atau kelemahan ahli jawatankuasa penduduk,yang kurang dan buruk di jadikan isu, tapi yang baik dan llebih yang dibuat langsung tak dipandang, aku bukan nak bagi nasihat tapi aku rase kepada yang terasa... berhentilah bercakap seperti orang kampung yang baru dapat hidup dibandar , bincangkan isu2 yang lebih penting dari bercakap benda merapu, terutamanya xxxxx, aku bukan nak sakitkan hati, tapi selagi ada orang yang berperangai macam tu, sampai bile pun segala masalah dan isu tak pernah habis, selesai satu isu,timbul lagi satu isu, padahal isu yang dibangkitkan semua merapu, silap2 nanti sampai orang jual ais krim naik motor pun dijadikan isu sebagai menganggu ... kita bukan duduk dikawasan orang2 jutawan ,hartwawan,sampai bunyi ekzos pun nak jadi isu,kebanyakan penduduk disini semuanya dari pelbagai golongan , jadi macam2 kerenah , jika ekzos kereta pun dijadikan isu , bunyi bas sekolah yang mengambil anak2 kite pagi2 tu lagi bising, kalau tak boleh bunyi bising atau ada gannguan yang tidak disengajakan ,lebih baik duduk dihutan, duduk dihutan pun kadang2 ada bising dan gangguan jugak.... , Cara paling bagus untuk menyelesaikan masalah diantara jiran terdekat adalah dengan menegur dan mengingatkan dan menasihat dengan cara elok, insyaallah berkesan , tapi kalau dengan cara menyindir dalam blog ni, sampai bile pun tak selesai, Gunakanlah blog ini dengan membincangkan isu yang penting2 , dari bercakap benda merapu lebih baik diam..... 8)
« Last Edit: 26 Aug, 11:45:18 AM by Matahati »

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #1 on: 26 Aug, 06:19:51 AM »
Pada saya, blog ni harus digunakan sepenuhnya untuk kegunaan kejiranan. Antaranya membincangkan agenda persatuan penduduk, disamping up to date berita2 kejiranan dan selesaikan hal2 berkaitan kejiranan. Kalau ada yg nak merapu pun, disinilah tempatnya juga. Apa-apapun sebelum tuduh org lain merapu, rasanya lebih baik rujuk posting2 nya yang terdahulu. Lepas tu fikirlah dgn baik. Betulke dia merapu? Benda yang dikatakan merapu tu berasas atau tidak? Ataupun kita yg tak boleh menerima komen membina dr org lain? Fikirlah dahulu sebelum bercakap sebab di alam maya ni, percakapan menunjukkan keperibadian. 

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #2 on: 26 Aug, 07:28:57 AM »
Bulan Ramadan tahun ni panas sungguh kat forum ni.  :( :(

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #3 on: 26 Aug, 09:04:33 AM »
Bulan Ramadan tahun ni panas sungguh kat forum ni.  :( :(
Faktor alam sekitar kot.. ;D

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #4 on: 26 Aug, 10:53:38 AM »
Bulan Ramadan tahun ni panas sungguh kat forum ni.  :( :(
Faktor alam sekitar kot.. ;D

hhhmmmm...cuaca ujan panas..ujan panas nih..tp forum nih sentiasa panas jer..
dh x syok laaa..  :P

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #5 on: 26 Aug, 12:05:10 PM »
Pada pandangan sy, isu merapu takde lah banyak sgt dibincangkan disini. Byk perkara2 dan isu2 yg baik dan berinformasi dibincangkan oleh forumer disini.

Jgn di sbb kan satu isu yg 'panas' yg diperkatakan minggu lalu kita anggap komuniti disini lebih kpd merapu.

Dan satu lagi adalah kurang manis jika dgn hanya satu atau dua posting di forum ini sdr dah sebutkan nama forumer yg sdr anggap suka merapu atau yg sdr tidak suka. Ada saluran dan caranya utk menegur bukan sebut nama mereka di ruang forum ini. Sy telah edit nama tersebut utk keharmonian forum ini.

Salam....dan selamat datang ke forum ini.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #6 on: 26 Aug, 12:21:13 PM »
Merapu atau tidak, biar tuan moderator yang tentukan. Sepanjang saya ikuti forum ni, tuan moderator bukan duduk goyang kaki. Sentiasa memerhati, sentiasa ada tapisan. Diorang ni ala-ala FINAS la... takleh iklan, mencarut atau menyumpah sesuka hati... kita sebagai pengguna, sendiri mau faham la... ;D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #7 on: 26 Aug, 02:42:31 PM »
Setuju dengan tuan Matahati. Kekalkan keharmonian forum.

pejal

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 51
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #8 on: 26 Aug, 03:47:16 PM »
Assalam;

Bagi saya forum ni satu medium untuk menyampaikan info dan luahan rasa (secara terkawal dan ada bukti).
Masakan pokok bergoyang kalau takde angin...
Bila ada orang complaint pasal kita dalam forum...kita kena terima la....mungkin ada silap kita kat mana2 tu...
kalau terasa tu...cepat2 muhasabah diri...
kalau rasa diri tu sudah mencecah kaki langit...
ada orang sudah sampai ke bulan...

Jadi lebih baik bercakap dari diam.... ;D ;D ;D

ct zana

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 32
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #9 on: 26 Aug, 04:05:13 PM »
Pada pandangan sy, isu merapu takde lah banyak sgt dibincangkan disini. Byk perkara2 dan isu2 yg baik dan berinformasi dibincangkan oleh forumer disini.

Jgn di sbb kan satu isu yg 'panas' yg diperkatakan minggu lalu kita anggap komuniti disini lebih kpd merapu.

Dan satu lagi adalah kurang manis jika dgn hanya satu atau dua posting di forum ini sdr dah sebutkan nama forumer yg sdr anggap suka merapu atau yg sdr tidak suka. Ada saluran dan caranya utk menegur bukan sebut nama mereka di ruang forum ini. Sy telah edit nama tersebut utk keharmonian forum ini.

Salam....dan selamat datang ke forum ini.

setuju ngan pandangan encik mod..tk byk pun isu panas n merapu kat forum nih..forum nih byk bg info kat saya yg baru di sini..hehehehe  :)

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #10 on: 26 Aug, 04:15:20 PM »
banyak kan minom ayaq

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #11 on: 26 Aug, 05:19:03 PM »
banyak kan minom ayaq
Lepas buka puasa dan waktu sahur.

zedragons

  • Guest
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #12 on: 27 Aug, 01:15:55 AM »
Salam..kepada semua saya bersetuju dengan pendapat anda semua, cuma jangan salah sangka apa yang saya katakan merapu tu,bukan bermaksud mengatakan blog ini merapu, saya cuma menegur sikap segelintir individu yang menjadikan blog ini sebagai tempat melepaskan geram , jika benar ingim membincangkan sesuatu isu atau masalah yang ditimbulkan oleh sesetengah individu atau jiran nkita sekalipun, bak kata sahabat kita 'BAHASA MENUNJUKKAN KEPERIBADIAN' ,Tidak salah menegur atau membincangkan sesuatu perkara dengan mengeluarkan kata2 yang sopan bukan nada menyindir dan tidak sepatutnye, Saya mengakui saya mgkn telah mengeluarkan kata2 yang agak kasar sewaktu membalas balik isu yang ditimbulkan oleh PUTRA88, bukan kerana saya tidak boleh terima teguran dari orang,tetapi biarlah kena pada caranya,tidak perlu menyindirdan bercakap bukan2 di forum ini, sedangkan jika dia menegur dengan baik ,insyaallah saya terima, dan mengakui kesilapan saya,saya baru berusia 30 tahun, mgkm Putra88 lebih berusia dari saya,tak salah yang tua menunjukkan contoh yang baik pada yang muda, jika bunyi kereta saya mgkn menganggu saya minta maaf,pada jiran2 saya, tidak jadi masalah, saya seorang yang boleh terima nasihat dan kritikan yang membina, tetapi biarlah dengan cara yang betul , Putra88 mengenali saya ,rumah nye juga berdekatan dengan rumah saya, tidak salah datang kerumah dam menegur saya dengan cara yang baik, Saya harap semua faham ,terutama pada moderator,mgkn kata2 saya semalam agak kasar dan kesat, tetapi mgkn daya didalam keadaan marah, untuk pengetahuan saya bukan orang yang suka bercakap kasar  dan meninggi diri, mgkn tuan moderator mahupun pengunjung di forum ini menyangka begitu kerana kata2 yang saya keluarkan semalam, tetapi jangan menilai saya dengan bunyi ekzos kereta saya, untuk mengenali seseorang itu kita perlu dekatkan diri dan kenali hati budi, baru kita boleh menilai, bukan dengan cakap di belakang2, pada semua pengunjung forum ini mahupun moderator,dengan hatii yang ikhlas saya memohon maaf diatas sikap keterlaluan saya,tetapi tidak pada PUTRA88, pada saya dia bukanlah seorang yang jiwa bermasyarakat dan berjiran, tetapi seorang yang mementingkan diri, bukan kerana sya marah sebab dia menegur bunyi kereta exzos saya,sebabnya biarlah saya rahsiakan , cuma saya nak bagi tau putra88, hidup dalam bermasyarakat dan berjiran perlu ada tolak ansur, tolong menolong, tegur menegur diantara satu dengan yang lain, mengingatkan , jangan anda sangka diri anda sempurna, kerana kadang kita tidak sedar sikap kita yang angkuh dan sombong itulah yang membuatkan orang disekeliling kita menjadi sombong dengan anda. SALAM SEMUA....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ,MAAF ZAHIR DAN BATIN...

zedragons

  • Guest
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #13 on: 27 Aug, 01:58:37 AM »
Assalam;

Bagi saya forum ni satu medium untuk menyampaikan info dan luahan rasa (secara terkawal dan ada bukti).
Masakan pokok bergoyang kalau takde angin...
Bila ada orang complaint pasal kita dalam forum...kita kena terima la....mungkin ada silap kita kat mana2 tu...
kalau terasa tu...cepat2 muhasabah diri...
kalau rasa diri tu sudah mencecah kaki langit...
ada orang sudah sampai ke bulan...

Jadi lebih baik bercakap dari diam.... ;D ;D ;D

Saya setuju apa yang anda katakan,saya sendiripun jika ada melakukan silap saya akn minta maaf dan mengakui kesilapan itu,tetapi cara bercakap itu biarlah menegur dengan baik , saya rasa tak kan timbul masalah , untuk pengetahuan tuan, kaki saya masih memijak bumi, dan sya pula cukup bangga pada rakyat malaysia yang dah sampai kebulan tu,  ;D ;D

mierock

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 470
  • Gender: Male
Re: Lebih baik diam dari bercakap.....
« Reply #14 on: 27 Aug, 05:22:55 PM »
brader nagazed... cool down yo'l. rambut sama hitam, kutu lain species. macam orang macam ragam. selamat datang ke forum pmc. gunakan forum dengan beretika. ada yang one liner, ada yang cut and paste, dan ada panjang berjela. ada berkongsi ilmu (macam mana nak buat duit, jual emas beli emas), ada pemberi  semangat. merapu sangat kalu, mod akan edit.