Author Topic: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra  (Read 9887 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

anis zainal

  • Guest
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #15 on: 18 Feb, 06:49:17 PM »
Assalammualaikum,

Saya Pn Anis selaku Pengusaha BondaMama Kids Centre,Taman Impian Putra,Bangi. Dengan rendah diri, tujuan saya menulis bukan niat untuk memanjangkan isu tetapi HANYA bertujuan untuk mempertahankan nama dan Kids Centre saya. Selama ini saya hanya menjadi 'silent reader'.Tetapi apabila ada pembaca yang mula ingin mengetahui dengan lebih lanjut isu ini dari Pn Mrsmama, saya wajib menjelaskan perkara yang sebenar agar pembaca tidak hanya mendengar dari satu pihak sahaja.

Berkenaan dengan Pelesenan, Kids Centre saya telah memperoleh :
a) Perakuan Pendaftaran (SSM)
    No. Pendaftaran : 001994460-X
    Sah sehingga : 10 November 2012

b) Surat Sokongan Pelesenan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Selangor
    No. Rujukan : JBPM:SL/ZHL/005/1/2/68
    Surat Bertarikh : 09hb. April, 2011

c) Surat Pendaftaran Penubuhan dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
    No. Rujukan : Bil(15)dlm.MPKj/AM/KM/2008 Jld V
    Surat Bertarikh : 8 hb Jun, 2011

d) Setelah memperoleh (a),(b) dan (c) saya telah menghantar satu kertas kerja kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat pada 31 Oktober 2011 dan Pegawai JKM (En. Mohd Fahmi bin Kaman Redzawan) telah datang membuat lawatan ke Kids Centre saya pada 05 Januari 2012. Maklumat terkini berkenaan pelesenan Kids Centre saya hanyalah menunggu Perakuan dari Ketua Pengarah JKM Negeri. Setelah mendapat perakuan tersebut, proses pelesenan ini akan selesai.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan:
1) Saya berharap pengusaha2 taska tidak hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambil kira kepuasan hati ibubapa yang menghantar anak ke taska mereka. Jangan mengambil bayaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan....mengenakan caj yuran yang berpatutan dgn hari jagaan..sekiranya mereka ni lebih mementingkan perkhidmatan yang baik bkn hanya keuntungan semata-mata tentu parents pun puas hati...kami membuat perbincangan ttg yuran, ot dan mengenai jumlah bayaran kiranya anak tidak dihantar ke taska dengan bilangan hari tertentu..persetujuan dicapai..setelah berpuas hati kami bersetuju utk menghantar anak kesana..tp malangnya pengusaha menyatakan tidak pernah berjanji dgn perkara ke3..sy kecewa seolah2 kami menokok tambah hasil perbincangan tu

Penjelasan Saya: Saya hanya mengenakan bayaran berjumlah RM530.00 sebulan kepada Puan tersebut dengan 3 orang anak yang berumur (4 tahun, 2 tahun dan 1 tahun) bermula dari November 2010 sehingga November 2011. Purata seorang anak=RM176.00. Adakah saya TERLALU memikirkan keuntungan dengan bayaran yang sebegitu? Tetapi apa yang berlaku pada bulan November 2011, Pn tersebut datang kepada saya mengatakan bahawa untuk bulan November hanya anak yang berumur 4 tahun sahaja yang akan dihantar ke Kids Centre saya kerana anak-anak yang lain akan dijaga sendiri oleh adik pn tersebut di rumahnya. Saya menyatakan bayaran untuk bulan November hanyalah RM180.00.(Untuk makluman setiap bulan bayaran yang dibuat oleh Pn ini adalah pada akhir bulan setiap bulan, tidak seperti parents lain yang membayar pada awal bulan untuk bulan tersebut). Minggu pertama bulan November sememangnya hanya anak yang berumur 4 tahun sahaja dihantar, tetapi masuk minggu kedua, minggu ketiga dan minggu keempat Pn tersebut kembali menghantar ketiga-tiga anaknya seperti biasa. Bayaran yang saya kenakan pada hujung bulan tersebut adalah PENUH RM530.00. Dan bermula dari situ Pn tersbut mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya dan mula membuat aduan di Pejabat JKM atas kapasitinya yang berkhidmat dengan JKM. Saya menyatakan bahawa Peraturan Taska yang saya hantar ke JKM jelas tertulis "Yuran bulanan untuk penjagaan hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran kanak-kanak tidak penuh pada bulan tersebut". Saya yakin kebanyakkan Kids Centre menetapkan peraturan sebegitu, sebagai contoh seperti yang Tn/Pn Asrar Azzahra nyatakan pengalamannya di Taska area Bandar Baru Bangi. Tetapi kalau hantar kurang dari 9 hari seperti persetujuan di awal perbincangan tiadalah saya kira penuh. Saya pun faham juga masalah-masalah parents. Adakah saya seorang pengusaha yang hanya memikirkan keuntungan dan 'Melayu mudah lupa' seperti yang dikatakan? Harap Tn/Pn menilai sendiri.

2) mengada2kan peraturan yang kononnya diterimapakai oleh JKM

Penjelasan Saya: Di dalam Kertas Kerja yang perlu dihantar oleh Pengusaha kepada JKM, JKM telah menetapkan terdapat 13 Dokumen yang perlu dihantar dan disertakan oleh Pengusaha. Salah satu dokumen tersebut adalah "Peraturan Taska" tersebut. Oleh itu tidak timbul isu saya mengada-adakan peraturan sendiri. Sememangnya JKM yang meminta Pengusaha menghantar Peraturan tersebut.

3) Sila bertanggungjawab atas kerosakan barang2 yang diletakkan di taska

Penjelasan Saya: Kerosakan yang dinyatakan adalah terdapat kesan kemek pada botol susu ekoran semasa penyediaan susu, botol susu tersebut terletak berhampiran periuk panas. Kejadian ini berlaku pada bulan Mac 2011, dan saya sebagai pengusaha yang bertanggungjawab telah memohon maaf dan Pn tersebut jelas mengatakan "tidak mengapa" pada ketika itu. Mengapa hal ini dibangkitkan semula?

4) Taska ini masih dlm proses berdaftar dgn JKM tp sudah beroperasi selama 1 tahun lebih. Memang taska menjadi keperluan kepada komuniti masyarakat sekitar sbb itu JKM masih boleh menerima pembukaan taska2 baru..tetapi dalam masa yang sama mereka perlu mempercepatkan pendaftaran mereka. Sekiranya apa2 berlaku kepada anak2 yang dihantar ibubapa tidak dapat menuntut apa2 daripada JKM.  

Penjelasan Saya: Saya bersetuju dengan Pn/Tn Asrar Azzahra yang menyatakan proses pelesenan mengambil masa yang lama hampir 2 tahun. Tetapi saya tidak melengah-lengahkan proses tersebut. Proses pelesenan ini melibatkan 5 Agensi Kerajaan iaitu SSM, JBPM, PBT (MPKj), Jabatan Kesihatan dan JKM. Dan saya telah melalui semua proses dengan setiap Agensi tersebut dalam masa SETAHUN. Sebenarnya ia suatu tempoh yang agak cepat.

Ini sahaja penjelasan saya dan ini merupakan penjelasan pertama dan terakhir saya. Saya dan suami mencari makan di tempat ini tanpa mahu berselisih faham jauh sekali untuk bermusuhan dengan masyarakat sekeliling.

Buat puan Locume: Syukur Alhamdulillah sekiranya anak-anak puan memperoleh sesuatu yang positif sepanjang di BondaMama Kids Centre. Itu matlamat saya sewaktu membuat keputusan untuk berhenti sebagai Pegawai Tadbir di sebuah Agensi Kerajaan satu ketika dulu. Saya tidak mahu MASA anak-anak di Kids Centre saya disia-siakan dengan hanya duduk di tepi dinding sambil jari di mulut seperti pengalaman anak saya dahulu ketika saya menghantar mereka di taska.

Sekian..
Mohon maaf di atas setiap perkataan.
« Last Edit: 18 Feb, 08:39:11 PM by anis zainal »

ayiesal

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #16 on: 18 Feb, 08:40:55 PM »
Terima kasih kepada Pn Anis. Nampaknye segala persoalan telah terjawab...  :)

mRs.jeli

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 916
  • Gender: Female
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #17 on: 18 Feb, 08:55:51 PM »

mudah-mudahan urusan  kite dipermudahkan....
insyaallah....
miAwW..miAWw..;)

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #18 on: 21 Feb, 04:53:59 PM »
Ada pun tuan punya badan di sini..sekarang terpulang lah kepada ibu bapa nak menilai.. :-* :-*

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #19 on: 21 Feb, 06:21:58 PM »
Saya punya prinsip...
Mahal sedikit takpe, asal anak dijaga dengan baik...
Terlebih terkurang kira cincai...
Janji bahagia nak buat kerja... ;D

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #20 on: 21 Feb, 06:23:00 PM »
Mod, tak nak close ker topic ni? ;D

ayiesal

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #21 on: 22 Feb, 08:38:32 AM »
Mod, tak nak close ker topic ni? ;D

mod ke mud  ;D

mud_ismail

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 1001
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #22 on: 22 Feb, 10:12:53 AM »
Mod, tak nak close ker topic ni? ;D

mod ke mud  ;D

Salam Ayiesal,

Aiman tak kisah...

Sekian.
“Jangan kita berkira dengan Allah, nanti Allah berkira dengan kita. Jangan kita tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita.”

Scale Ruler

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
  • Gender: Male
Re: BondaMama Kids Centre Taman Impian Putra
« Reply #23 on: 23 Feb, 11:44:55 AM »
Telah jelas segalanya....teruskan usaha.
****************************************************